Friday, 29 August 2014

TEMA 6: CABARAN MASA HADAPAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
  • Menyatakan maksud dan ciri-ciri keamanan dalam sesebuah negara.
  • Menyenaraikan kepentingan keamanan negara dan sejagat.
  • Menyatakan cara-cara memupuk keamanan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

MENGEKALKAN KEAMANAN NEGARA DAN SEJAGAT
ANCAMAN DALAMAN
  • Penyeludupan dan penyalahgunaan dadah.
  • Kumpulan militant atau puak ekstremis.
  • Kegiatan jenayah.
  • Kebanjiran pendatang asing.
  • Kegiatan rasuah.
  • Pemalsuan dokumen.
  • Penyalahgunaan teknologi.
ANCAMAN LUARAN
  • Kegiatan lanun di perairan negara.
  • Kekacauan politik.
  • Pengaruh budaya barat.
  • Masalah alam sekitar.
  • Serangan mata wang.
  • Serangan penyakit-penyakit kritikal.
  • Jenayah siber atau bahan-bahan porno.
KESAN-KESAN ANCAMAN DALAMAN
  • Penyebaran pelbagai penyakit berbahaya.
  • Merosakkan masa depan generasi muda.
  • Meningkatkan kadar jenayah.
  • Menggugat keselamatan negara.
  • Menjejaskan ekonomi negara.
KESAN-KESAN ANCAMAN LUARAN
  • Kejatuhan nilai ringgit dan menyebabkan ekonomi terjejas.
  • Merosakkan akhlak dan moral remaja.
  • Menyebabkan peningkatan suhu bumi.
  • Mengancam nyawa manusia.
  • Mendedahkan remaja dengan jenayah siber dan bahan-bahan porno.
SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA KEAMANAN DUNIA
PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)
  • Mengecam keganasan.
  • Menyokong usaha-usaha mengekalkan keamanan.
  • Mengambil pendekatan berkecuali ketika berlaku konflik.
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)
  • Menyeru ke arah keamanan.
  • Menerajui negara-negara Islam seluruh dunia.
  • Memberi sumbangan dalam pembangunan negara-negara anggota.
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU ( PBB)
  • Bantuan kemanusiaan kepada mangsa perang.
  • Mengecam keganasan yang berlaku di seluruh dunia.
  • Menghantar pasukan pengaman ke negara-negara yang bergolak.
MEMASTIKAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (IHL) DIPRAKTIKKAN
  • Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa diperkenalkan dalam Konvensyen Geneva 1949.
  • Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dilaksanakan bertujuan untuk melindungi orang awam seperti wanita, kanak-kanak, orang tua, pelarian, tawanan perang, hal-hal berkaitan agama.
  • Penjenayah perang akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
PERATURAN-PERATURAN ASAS DALAM IHL
  • Melindungi orang yang cedera dan tidak terlibat dalam peperangan dengan penuh rasa kemanusiaan.
  • Tidak boleh membunuh atau mencederakan orang yang menyerah diri dan tidak berupaya.
  • Melindungi kakitangan perubatan, pertubuhan, pengangkutan, dan peralatan perubatan.
  • Melindungi dan menghormati tentera dan orang awam yang ditawan.
  • Tidak boleh melakukan penderaan fizikal dan mental terhadap tawanan.
  • Dilarang menggunakan senjata nuklear, kimia dan biologi.
  • Tidak boleh menyerang orang awam; harus bezakan antara orang awam dengan tentera.
PERTUBUHAN YANG MEMBERIKAN BANTUAN KEMANUSIAAN
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
  • MERCY Malaysia.
  • Yayasan Salam Malaysia (SALAM)
  • Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
PENCABULAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA
  • Membunuh orang awam semasa peperangan.
  • Mendera dan memalukan tawanan perang yang menyerah diri.
  • Menghalang mangsa yang cedera mendapatkan tawanan.
  • Memusnahkan harta benda orang awam semasa peperangan.
  • Tawanan disabitkan kesalahan tanpa mendapat hak perundangan.
  • Membunuh musuh yang telah menyerah diri.

TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT


OBJEKTIF PEMBELAJARANMenyatakan peranan dan tugas badan eksekutif dan kehakiman.
Membina struktur atau carta organisasi jentera pentadbiran negara.
Membantu pihak kerajaan dengan menyokong program yang dijalankan.

JENTERA PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

YANG DIPERTUAN AGONG – MAJLIS RAJA-RAJA

KETUA AUDIT NEGARA/ SURUHANJAYA

BADAN PERUNDANGAN- Parlimen ( Dewan Negara dan Dewan Rakyat)

BADAN EKSEKUTIF- Kabinet- Kementerian ( Jabatan/ Perbadanan Awam), Badan Berkanun, Badan Bukan Berkanun.

BADAN KEHAKIMAN- Mahkamah Persekutuan/ Mahkamah Rayuan (Mahkamah Tinggi Malaya ( Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen), Mahkamah Tinggi Borneo

PERUNDANGAN (Legislatif)
Menggubal undang-undang, meluluskan rang undang-undang, membahaskan rang undang-undang.

PELAKSANA (Eksekutif)
Melaksanakan dasar-dasar kerajaan, mentadbir dan memberi arahan, menerima dan melaksanakan arahan.

KEHAKIMAN (Judisiari)
Melaksanakan undang-undang, mentafsir undang-undang, menyelesaikan perbicaraan awam.

SURUHANJAYA DIRAJA
Ditubuhkan untuk mengkaji, menyiasat atau menerima cadangan daripada suruhanjaya tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kepentingan awam.
Antara isu yang diberi perhatian ialah persepsi awan terhadap agensi atau jabatan kerajaan yang disiasat untuk meningkatkan ketelusan dan membuat penambahbaikan.
Suruhan jaya Diraja cuba menghapuskan tanggapan negatif dengan membuat cadangan untuk menjadikan jabatan dan agensi menjadi lebih cekap dan bertanggungjawab.
Ahli-ahli suruhanjaya Diraja dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan terdiri daripada pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu seperti kehakiman, politik, sosial dan akademik.
Keputusan atau syor-syor yang dicadangkan diperoleh melalui penyiasatan secara terbuka.

KENALI KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA
Terdapat 28 buah kementerian di Malaysia.
Setiap kementerian dikawal oleh seorang menteri dan dibantu oleh seorang timbalan menteri.
Agensi atau jabatan yang ditubuhkan dalam sesebuah kementerian menjalankan fungsi-fungsi tertentu.

ANTARA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia.

Kementerian Kewangan
Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Akautan Negara, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Negara.

Kementerian Pertahanan
Angkatan Tentera Diraja Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Veteran, Jabatan Latihan Khidmat Negara, Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara diRaja Malaysia.

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
Jabatan Bekalan Air, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.

Kementerian Kerja Raya
Jabatan Kerja Raya

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia.

Kementerian Luar Negeri
Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri.

Kementerian Belia dan Sukan
Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Majlis Sukan Negara, Perbadanan Stadium Merdeka.

Kementerian Pengajian Tinggi
Jabatan Pengurusan IPT, Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Lembaga Akreditasi Negara, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Yayasan Tuanku Abdul Rahman.

Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
Istana Budaya, Jabatan Arkib Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Perpustakaan Negara Malaysia.

Kementerian Kesihatan
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara, Institut Kesihatan Umum, Institut Penyelidikan Perubatan, Jabatan Kesihatan Awam, Pusat Penyelidikan Klinikal.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.

Kementerian Pelancongan
Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Institut Sosial Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Agensi Angkasa Negara, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia, Jabatan Kimia, Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.

TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

OBJEKTIF KAJIAN:
  • Menyatakan cara-cara amalan adat resam dalam kehidupan harian.
  • Menyenaraikan adat resam pelbagai kaum.
  • Melahirkan perasaan bangga akan keunikan dan kekayaan warisan budaya Malaysia.

  • ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM

    KAUM CINA
    • Kenduri menyambut bayi, upacara minum teh, menyolek mayat, pemberian angpau.
    KAUM MELAYU
    • Cukur jambul bayi berumur tujuh hari, bersanding, kenduri arwah, memakai inai untuk pengantin.
    KAUM INDIA
    • Lidah bayi disapu madu.,Memakai thali., Pemberian dawri oleh pengantin perempuan kepada pengantin lelaki., Membakar mayat.
    KAUM IBAN
    • Ulat panggilan untuk bayi, upacara minum teh, cucu si mati melangkah mayat, alu dan lesung diletakkan di tepi rumah untuk menghalau hantu,melukis tatu,adat merisik dinamakan adat 'ngambi indu',upacara mandi berpasangan akan dilakukan di sungai bagi menebus kesalahan dalam perkahwinan yang dinamakan adat 'bebasu betis'.
    • Orang Iban mempunyai tradisi menyimpan pasu.gong,tempayan atau yang dipanggil 'tajau'.Tajau diwarisi sejak turun temurun,bernilai dan dianggap suci kerana ia berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang.
    KAUM KADAZAN
    • Mengikat daun wongkong di pintu, membayar sugit, adat bertangis untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pengantin, adat moginupus.
    PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM
    • Pantang larang merupakan suatu bentuk peraturan yang diwarisi sejak turun-temurun.
    • Masyarakat zaman dahulu mengamalkan pantang larang untuk mengelakkan malapetaka berlaku.
    • Pantang larang sebenarnya merupakan suatu kaedah untuk menyampaikan nasihat dan pengajaran.
    KAUM MELAYU
    • Jangan duduk di atas bantal, nanti ditumbuhi bisul.
    • Orang perempuan tidak boleh menyanyi di dapur.
    KAUM CINA
    • Jangan menyapu sampah pada Tahun Baru Cina, takut hilang tuah.
    • Pisau tidak boleh diberikan sebagai hadiah.
    KAUM INDIA
    • Jangan makan sambil berjalan, nanti terkena penyakit di dalam perut.
    • Ibu hendaklah memeluk bayinya semasa hujan lebat.
    KAUM IBAN
    • Jangan mengetuk telur dengan pisau, nanti bayi cacat penglihatan.
    • Wanita mengandung tidak boleh menanam pokok pisang.
    KADAZAN
    • Jangan berpayung di dalam rumah, nanti disambar petir.
    • Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah.
    RUMUSAN
    Kesimpulannya,menurut pandangan adat resam masyarakat di negara kita semakin kurang dipratikkan.Oleh itu,kita haruslah mengekalkan semula adat resam dan budaya dan semua pantang larang yang diturunkan sejak turun-temurun dan diwarisi sejak zaman nenek moyang kita kerana ia merupakan simbol sesebuah kaum di negara kita yang melambangkan pelbagai jenis etnik,kaum,adat resam dan sebagainya.Walau bagaimanapun,kita masih mengamalkan amalan 1 Malaysia seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri supaya semua rakyat bersatu padu di bawah satu pemimpin dan negara  yang aman.

    Saturday, 23 August 2014

    TEMA 1: PENCAPAIAN KENDIRI

    KERJAYA PILIHAN
    Kerjaya yang dipilih oleh seseorang individu perlulah bersesuaian dengan:
    • Kelayakan akademik- Kebolehan atau kecekapan dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan yang diperoleh secara formal di mana-mana institusi pendidikan.
          Contoh: PMR,SPM,STPM,diploma,ijazah dan lain-lain.
    • Kelayakan ikhtisas- Kebolehan, kepandaian, kemahiran atau kecekapan khusus dalam sesuatu bidang.  Contohnya seorang guru perlu memiliki Diploma Perguruan bagi memenuhi kerjayanya.
    • Kemahiran- Bergantung kepada jenis tugas dan kerjaya yang dilakukan.
    CONTOH-CONTOH KERJAYA PILIHAN MASA HADAPAN:

    DOKTOR
    POLIS
    GURU

    JURUTERBANG
    TUKANG MASAK


    Faktor yang Mempengaruhi Pilihan Kerjaya Seseorang
    • Kelayakan akademik.
    • Minat dan potensi
    • Pengalaman/kemahiran.
    • Pengaruh persekitaran.
    • Faedah sampingan.
    • Taraf hidup.
    Perkara yang Perlu Diambil Perhatian Sebelum Membuat Pilihan Kerjaya
    • Mendapat pendedahan awal di peringkat sekolah mengenai alam pekerjaan.
    • Memperoleh maklumat secukupnya agar dapat membuat keputusan berkaitan kursus yang hendak diambil.
    • Mendapatkan bimbingan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
    • Menyertai program-program kerjaya yang dianjurkan.
    • Memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik dan bergiat dalam aktiviti kokurikulum.
    • Mempunyai potensi diri atau keupayaan dalaman terhadap bidang yang diceburi.

    UNIT 2: KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL
    • Setiap pelajar  pasti berhadapan dengan situasi yang memerlukan dia membuat keputusan yang bijak, terutamanya semasa memilih jurusan.
    • Perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga perlu dilakukan bagi membantu pelajar memilih jurusan yang sesuai dengan minat kerjaya.
    • Keputusan yang dibuat perlu berasaskan sumber pengetahuan yang boleh dipercayai.
    • Sikap tegas, yakin, berani dan tidak beremosi perlu diamalkan semasa membuat keputusan.


    PILIHAN JURUSAN
    SAINS
    • Enam mata pelajaran teras.
    • Mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, dan English for Science and Technology (EST).
    TEKNIKAL
    • Enam mata pelajaran teras.
    • Mata pelajaran Fizik, Kimia, Kejuruteraan Awam, Matematik Tambahan, EST.
    SASTERA
    • Enam mata pelajaran teras.
    • Mata pelajaran Ekonomi Asas atau Perdagangan atau Kesusasteraan Melayu, Sains dan Pendidikan Seni Visual.
    KESAN KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL
    • Memperoleh pelbagai alternatif untuk menyelesaikan masalah.
    • Mengelakkan timbul konflik dalam diri dan orang lain.
    • Menyelesaikan masalah dengan cepat dan mudah.
    • Dapat meringankan beban dan masalah
    PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN.
    • Mendapatkan khidmat nasihat daripada guru kaunseling.
    • Mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.
    • Mengenal pasti alternatif yang boleh digunakan.
    • Mengenal pasti kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain.
    RUMUSAN
    Secara kesimpulannya,kita haruslah bijak dan berfikir panjang dalam memilih kerjaya pilihan masa hadapan.Hal ini kerana,kerjaya pilihan kitalah yang akan menentukan kehidupan kita suatu hari nanti.

    TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT

    OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
    1. Menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
    2. Menyenaraikkan peranan dan tanggungjawab agensi yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar
    3. Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar

    Seperti yang kita sedia maklum,hidup berrmasyarakat amat penting dan harus dipupuk sejak dahulu lagi sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi demi mengekalkan keamanan serta keharmonian sesebuah negara.

    PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
    • · Pemeliharaan alam sekitar
                   Mengekalkan alam sekitar dalam keadaan asalnya.
    • · Pemuliharaan alam sekitar
                   Usaha atau proses mengembalikan keadaan asal alam sekitar yang mengalami perubahan akibat tindakan manusia.
    LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR
    • Pihak kerajaan harus mengetatkan dan menguatkuasakan undang-undang
    • Menggunakan kaedah biologi dalam pertanian
    • Menanam tanaman tutup bumi
    • Penghutanan semula
    • Pengurusan baahn buangan seperti sampah sarap,sisa-sisa toksik,sisa-sisa domestik secara terkawal dan sistematik
    • Mewartakan atau membaik pulih hutan simpan dan juga taman negara
    ANTARA AGENSI-AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR
    • Jabatan Alam Sekitar (JAS)
    • Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia. (FRIM)
    • Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
    • Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
    • Alam Flora Sdn. Bhd.
    JABATAN ALAM SEKITAR

    PERANAN :
    • Menerima aduan dan mengambil tindakan terhadap isu-isu alam sekitar.
    • Membincangkan dan menentukan resolusi yang berkaitan dengan alam sekitar di dalam dan luar negara.
    TANGGUNGJAWAB :

     TANGGUNGJAWAB
    • Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran.
    • Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984.
    ANTARA AKTIVITI MANUSIA YANG BOLEH MENJEJASKAN ALAM SEKITAR

    PENEROKAAN HUTAN SECARA TIDAK TERKAWAL
    • Tujuan pembalakan,pembinaan jalan raya,petempatan dan juga aktiviti pertanian pindah
    AKTIVITI PERINDUSTRIAN
    • Penbangan pokok secara berleluasa,asap karbon monosida yang dibebaskan daripada kilang dan kenderaan serta perataan lereng bukit
    CONTOH-CONTOH PENCEMARAN YANG BERLAKU AKIBAT SIKAP MANUSIA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
    • PENCEMARAN UDARA
    PENCEMARAN UDARA BERPUNCA DARIPADA ASAP KENDERAAN DAN KILANG

    PUNCA-   Asap kenderaan,proses industri kilang dan pembaaran terbuka
    KESAN- Kesihatan terjejas,boleh menyebabkan kemalangan,pertanian tidak produktif
    • PENCEMARAN AIR
    AKIBAT PEMBUANGAN SISA-SISA TOKSIK DARI KILANG
    AKIBAT PEMBUANGAN SAMPAH SARAP YANG TIDAK TERKAWAL
         
    PUNCA- Bahan kumuhan kilang,tumpahan minyak ke dalam sungai,pembuangan sampah sarap,sisa-sisa toksik dan domestik,aktiviti pertanian dn juga penggunaan racun serangga yang akan disalurkan ke dalam sungai
    KESAN- Hidupan akuatik boleh diancam kepupusan atau mati,kesihatan manusia juga boeh terjejas,kekurangan bekalan air dan sungai menjadi cetek

    • PENCEMARAN BUNYI

    PUNCA- Kenderaan dan jentera berat,kegiatan perlombongan atau kuari,kawasan perindustrian
    KESAN- Menjejaskan produktiviti,boleh menyebabkan kesukaran untuk mendengar/pekak,boleh menyebakan gangguan psikologi 

    PENCEMARAN DARAT
    LAIN-LAIN PENCEMARAN : 
    PENCEMARAN TANIH

    CONTOH-CONTOH BENCANA ALAM YANG SERING BERLAKU :
    • BANJIR KILAT
    • TANAH RUNTUH
    • RIBUT TAUFAN
    • TSUNAMI
    • GEMPA BUMI
    • KEMARAU
    KESAN-KESAN BENCANA ALAM
    Ancaman penyakit berbahaya,kesukaran untuk hidup dengan tenang,kehilangan nyawa dan haiwan ternakan,tanaman musnah,perubahan landskap atau pandang darat terhadap bentuk muka bumi,kepupusan habitat manusia dan juga haiwan,kemusnahan harta benda dan lain-lain

    RMUSAN
    Secara kesimpulannya,semua pihak dan masyarakat setempat haruslah berganding bahu bagai aur dan tebing dalam memelihara dan memulihara alam sekitar kita yang indah kerana negara yang indah selain harmoni dapat mencerminkan diri setiap individu.Kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri sendiri haruslah peka dan segera mengambil tindakan yang sepatutnya untuk menjaga keindahan alam sekitar di negara kita.