Saturday, 23 August 2014

TEMA 1: PENCAPAIAN KENDIRI

KERJAYA PILIHAN
Kerjaya yang dipilih oleh seseorang individu perlulah bersesuaian dengan:
  • Kelayakan akademik- Kebolehan atau kecekapan dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan yang diperoleh secara formal di mana-mana institusi pendidikan.
      Contoh: PMR,SPM,STPM,diploma,ijazah dan lain-lain.
  • Kelayakan ikhtisas- Kebolehan, kepandaian, kemahiran atau kecekapan khusus dalam sesuatu bidang.  Contohnya seorang guru perlu memiliki Diploma Perguruan bagi memenuhi kerjayanya.
  • Kemahiran- Bergantung kepada jenis tugas dan kerjaya yang dilakukan.
CONTOH-CONTOH KERJAYA PILIHAN MASA HADAPAN:

DOKTOR
POLIS
GURU

JURUTERBANG
TUKANG MASAK


Faktor yang Mempengaruhi Pilihan Kerjaya Seseorang
  • Kelayakan akademik.
  • Minat dan potensi
  • Pengalaman/kemahiran.
  • Pengaruh persekitaran.
  • Faedah sampingan.
  • Taraf hidup.
Perkara yang Perlu Diambil Perhatian Sebelum Membuat Pilihan Kerjaya
  • Mendapat pendedahan awal di peringkat sekolah mengenai alam pekerjaan.
  • Memperoleh maklumat secukupnya agar dapat membuat keputusan berkaitan kursus yang hendak diambil.
  • Mendapatkan bimbingan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
  • Menyertai program-program kerjaya yang dianjurkan.
  • Memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik dan bergiat dalam aktiviti kokurikulum.
  • Mempunyai potensi diri atau keupayaan dalaman terhadap bidang yang diceburi.

UNIT 2: KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL
  • Setiap pelajar  pasti berhadapan dengan situasi yang memerlukan dia membuat keputusan yang bijak, terutamanya semasa memilih jurusan.
  • Perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga perlu dilakukan bagi membantu pelajar memilih jurusan yang sesuai dengan minat kerjaya.
  • Keputusan yang dibuat perlu berasaskan sumber pengetahuan yang boleh dipercayai.
  • Sikap tegas, yakin, berani dan tidak beremosi perlu diamalkan semasa membuat keputusan.


PILIHAN JURUSAN
SAINS
  • Enam mata pelajaran teras.
  • Mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, dan English for Science and Technology (EST).
TEKNIKAL
  • Enam mata pelajaran teras.
  • Mata pelajaran Fizik, Kimia, Kejuruteraan Awam, Matematik Tambahan, EST.
SASTERA
  • Enam mata pelajaran teras.
  • Mata pelajaran Ekonomi Asas atau Perdagangan atau Kesusasteraan Melayu, Sains dan Pendidikan Seni Visual.
KESAN KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL
  • Memperoleh pelbagai alternatif untuk menyelesaikan masalah.
  • Mengelakkan timbul konflik dalam diri dan orang lain.
  • Menyelesaikan masalah dengan cepat dan mudah.
  • Dapat meringankan beban dan masalah
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN.
  • Mendapatkan khidmat nasihat daripada guru kaunseling.
  • Mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.
  • Mengenal pasti alternatif yang boleh digunakan.
  • Mengenal pasti kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain.
RUMUSAN
Secara kesimpulannya,kita haruslah bijak dan berfikir panjang dalam memilih kerjaya pilihan masa hadapan.Hal ini kerana,kerjaya pilihan kitalah yang akan menentukan kehidupan kita suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment