Friday, 22 August 2014

TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
  • Menyatakan tanggungjawab terhadap keluarga.
  • Mencadangkan cara-cara untuk menjalinkan hubungan kekeluargaan yang erat.
  • Mengamalkan sikap bertaggungjawab sebagai anggota keluarga.
APAKAH ITU KELUARGA?
Keluarga dapat diwudkan apabila satu kumpulan manusia dihubungkan melalui pertalian darah,perkahwinan atau penganbilan anak angkat.Keluarga asas biasanya terdiri daripada bapa,ibu,kakak,abang dan adik.


Keluarga adalah unit asas masyarakat. Dari itu unit asas masyarakat di Malaysia adalah keluarga.Kekuatan atau kelemahan satu-satu masyarakat itu berhubung rapat dengan keteguhan keluarga.Ahli kweluarga bahagia pula bole dedifinisikan sebagai sebuah keluarga yang mampu menyelesaikan masalah dengan cara yang betul seperti berbincang.Setiap ahli keluarga juga haruslah saling bertolak ansur,saling memahami antara satu sama lain,saling berkongsi masalah dan berusaha untuk menyelesaikannya sesama ahli keluarga.Kita juga haruslah bersyukur kerana dikurniakan oleh Tuhan sebuah kelurga yang lengkap dan bahagia.Kasih sayang kelurga adalah harta yang paling berharga serta tidak ternilai harganyadan tidak dapat diganti dengan wang ringgit.Oleh yang demikian,setiap ahli keluarga haruslah mempunyai tanggungjawab yang tersendiri dalam keluarga bagi mewujudkan keluarga yang harmonis.




CONTOH GAMBAR KELUARGA BAHAGIA
TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP  KELUARGA
  • Mencari nafkah untuk keluarga
  • Memberi perlindungan dan menjaga keselamatan ahli keluarga
  • Memberikan pendidikan awal dan didikan agama secukupnya
  • Memberikan kasih sayang yang secukupnya serta adil kepada anak-anak
TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP KELUARGA
  • Patuh dan taat kepada ibu bapa
  • Hormat kepada ibu bapa dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka
  • Meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik dan membanggakan kedua ibu bapa
  • Menjaga maruah diri dan keluarga
  • Saling membantu dalam keluarga
AMALAN KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA
  • Memberikan tunjuk ajar dan nasihat yang berguna
  • Menjadikan diri contoh yang baik kepada anggota kelurga
  • Saling menyayangi antara anggota keluarga
  • Peka terhadap perasaan serta masalah setiap anggota keluarga dan berusaha untuk menyelesaikannya
  • Menjalinkan hubungan yang akrab dan mesra antara keluarga
    CARA-CARA UNTUK MENGERATKA HUBUNGAN KEKELUARGAAN
    • Makan bersama-sama ahli keluarga
    • Meraikan hari istimewa bersama keluarga seperti sambutan hari jadi,hari keluarga dan sebagainya
    • Mengadakan aktiviti bergotong-royong dengan ahli keluarga
    • Sentiasa meluangkan masa lapang dengan keluarga melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bersenam,berkelah dan sebagainya
    • Berkongsi suka dan duka dan juga masalah sesama ahli keluarga serta berusaha untuk menyelesaikannya
    • Ibu bapa juga boleh menemani anak-anak mengulangkaji pelajaran,membaca buku bersama-sama

     KEPERLUAN AHLI KELUARGA
    KEPERLUAN FIZIKAL
    • · Tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman, wang perbelanjaan, hiburan dan perubatan.
    KEPERLUAN MENTAL
    • · Ilmu pengetahuan, pendidikan moral, nasihat, dan panduan berhubung sesuatu perkara.
    KEPERLUAN EMOSI
    • · Penghargaan berbentuk kata-kata pujian, penghormatan dan kata-kata perangsang.
    KEPERLUAN ROHANI
    • · Didikan agama dan nilai-nilai murni.

    CARA-CARA MENJAGA DAN MELINDUNGI KESELAMATAN KELUARGA
    • Memaklumkan dengan segera kepada setiap ahli kelurga sekiranya hendak keluar dari rumah
    • TIdak berjalan seorang diri di kawasan yang sunyi dan gelap tanpa bimbingan keluarga
    • Tidak mudah mempercayai orang yang tidak dikenali dan mencurigakan
    • Tidak membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah sesuka hati
    RUMUSAN
    Kesimpulannya,jelaslah bahawa keluarga amat penting untuk setiap individu,Hal ini kerana tanpa keluarga siapalah kita dan dapatkah kita hidup tanpa sebuah keluarga yang bahagia.Ole yang demikian,kita haruslah bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia dan sentiasa menyayangi antara satu sama lain.Kita haruslah menjaga nama baik dan maruah keluarag kita serta jangan pernah sesekali kita melukai hati mereka.

    No comments:

    Post a Comment